1. Apa beza disini dan disana?
- Huruf 'i' dan 'a'.

2. Apa perbezaan antara gunung, tali, dan orang?
- gunung meletus, tali putus, orang mampus.

3. Apakah persamaan antara gajah dan tiang elektrik?
- Kedua-dua tak boleh terbang.

4. Apa persamaan antara ikan jerung dan ikan paus?
- Kedua-duanya spesies ikan.

5. Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
-Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.

1. Dia selalu datang, tetapi tidak pernah tiba?
- Esok (kerana apabila tiba, ia menjadi hari ini)

2. Semakin banyak cahaya ke arahnya, semakin sukar untuk melihatnya?
- Bayang-bayang.

3. Burger apa yang paling happy?
- Bergembira.

4. Macamana caranya walaupun tidak membawa payung, tetapi tidak ditimpa hujam. Padahal hujan di tengah jalan?
- Jalan je kat tepi.

5. Ia boleh pecah tanpa disentuh? 
- Janji. 

6. Buah apa tidak boleh dilihat, mahupun dimakan?
- Buah fikiran.

7. Diberikan untuk kita, tetapi lebih banyak digunakan orang lain?
- Nama.

8.Pohon apa paling banyak di hari lebaran?
- Pohon maaf zahir dan batin.

9. Ada tak betik yang bahaya kalau di makan?
- Ada, kalau di makan di tengah-tengah jalan.

10. Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?
-Buang tebiat

11. Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?
 -Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD

12.Bulan dan bintang......... mana anak? mana bapak???
- bulan dan ialah anak, tang tu ialah bapak..( Bulandan bin Tang )

13. Dalam banyak-banyak 'import', 'import' apa yang paling penting?
-Important

1. Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang.
-Batang hidung engkaulah!

2. Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?
 -Anak mancis daaa.

3. Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
-Pintu yang ade tulis 'TARIK'

4. Batang ape yang kalau org pegang-pegang nanti kena gatal gatal?
- Batang Keladi

5. Badannya hijau, matanya merah dan berjalan mengundur, taik warna kelabu taik anjing. apa dia...?
- Lingkaran nyamuk Shieldtox


6. Dalam banyak-banyak gam, gam apa yang tak melekat?
-Gambir.


7. Ia sejenis benda, nampak macam jalan, tapi tak berjalan, tapi kalau tengok betul-betul, memang jalan! Apakah ia?
-Jalan raya lah.


8. Dari mana asalnya kapur?
-Ayam (ayam berak kapur).


9. Benda apa yang apabila lebat, ianya tak boleh dicukur atau dipotong?
-Hujan lebat.


10. Kawasan manakah di malaysia yang didirikan dengan 2 alatan sahaja?
-Batu Pahat.

1. Katak diterbalikkan jadi katak..kopi di terbalikkan jadi....?
- Tumpah la.



2. Dia ada bulu, isi, dan batang, apakah ia?
Jagung.

3. Buah apa yang tidak mempunyai otak?
Semua buah.

4. Bagaimanakah cara untuk melipat gandakan wang dengan cepat?
- Letak di depan cermin.



5. Kalau gunung didaki, daki?


- Disabun la.



6. Sebelum masuk ia keras, selepas masuk ia lembik dan melekit. Apa dia?
- Gula-gula getah.



7. Jauh di mata, dekat di hati?
- Usus.



8. Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?
-Stokin tu basah lah....

9. Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?
-Telur

10. Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran.
-Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada....

1. Pokok di atas bukit, daun di dalam air. Apa dia?
- Teh.



2. Bila dimasukkan jadi keras, bila keluar jadi lembik?
- Stokin.



3. Ia sebesar istana, tetapi lebih ringan daripada udara? Apakah ia?
- Bayang-bayang istana.

4. Saya berada di atas air, tetapi tidak boleh berenang, ataupun bergerak. Siapakah saya?
- Jambatan.



5. Bom apa tidak meletup?
- Bomba, ataupun bom yang belum dibaling/digunakan.



6. Kalau seseorang itu kemalangan jatuh ke dalam gaung, apa yang masih hidup?
- Cukai jalan.



7. Bila turun lambat, tapi bila naik cepat. Apa dia?
- Hingus.



8. Barang apa yang lebih berguna apabila pecah?
- Telur.



9. Buka baju, pakai bedak, terjun kolam... Apakah ia?
- Pisang goreng.



10. Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?
-Pisang Goreng

1. Waktu bila jam anda berada pada pukul 13?
- Waktu untuk baiki jam.



2. Dia mempunyai kaki tetapi tidak boleh berjalan?
- Kerusi dan meja.



3. Jika anda melemparkan batu kapur ke dalam Laut Merah, apa akan berlaku?
- Batu akan basah.



4. Kalau kita campak batu ke dalam sungai, kenapa ia tenggelam?
- Sebab batu tak pandai berenang.



5. Bila dicuci saya hitam, bila kotor saya putih?
- Papan hitam.



6. Yang mana satu lebih berat, antara 1kg kapas dengan 1kg emas?
- Sama berat.



7. Bandar apa tiada rumah, sungai tiada air, dan hutan tiada pokok?
- Peta.



8. Air apa paling berani?
- Air terjun.



9. Antara motor, kereta, dan kapal terbang, yang mana lebih tua?
- Motor, sebab ada tongkat.



10. 1 kadang-kadang, 2 jarang-jarang, 3 sikit-sikit, 4 banyak-banyak. Apa dia? 
- Nombor plat kereta.

1. Kuda apa, kita tak nampak dia, tetapi dia nampak kita.
- Kuda menyorok.

2. Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
 -Penguin

3. Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?
-PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah.

4. Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang?
-Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput.

5. Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda?
-Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.

6. Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?
-Pemandunya lah yang mati...... 

7. 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?
 -Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.

8. Kenapa kura-kura berjalan perlahan?
-Sebab dia baru berjalan, kalau berlari mungkin laju lah.

9. Ada 2 mayat di atas lantai, sekeliling mereka ada air dan kaca yang pecah. Bagaimana mereka mati?
- Akuarium ikan pecah, 2 mayat itu adalh ikan.

10. Binatang apa yang dipelihara oleh manusia tanpa disedari?
-Kutu


11. Anggota badan buaya manakah yang berada di darat?
-Lidahbuaya (Pokak lidah buaya)

1. Ayam apa yang bertelur di mana saja?
- Ayam betina.

2. Kenapa anak babi jalan tunduk?
- Kerana malu ibunya seekor babi.

3. Kenapa anak kancil kalau jalan, melompat-lompat?
- Kerana ibunya bukan seekor babi.

4. Ikan apa yg miskin?
- Ikan kering.

5. Ada 7 ekor burung, 3 ekor ditembak, berapa yang lari?
- Tiada, sebab burung terbang.

6. Banyak-banyak kera, kera apa yang pandai menaip?
- Kerani.

7. Ali bin Abu, lembu bin apa?
- lembu binATANG.

8. Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?
- Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR.

9. Lembu apa ada sembilan kaki?
- Lembu kat kaki lima.

10. Makanan apa yang paling cicak takut?
- Gula-gula getah.

11. Binatang apa paling pemalas?
- Singa, sebab dia malas cukur janggut.

1. Kenapa biri-biri putih lebih banyak makan daripada biri2 hitam?
- Kerana biri-biri  putih lebih banyak di dunia.

2. Apa dia, kucing ada tetapi binatang lain tidak ada?
- Anak kucing.

3. Kalau semua orang jadi monyet, monyet jadi apa?
- Monyet jadi ramai.

4. Ikan apa nama seperti orang?
- Ikan bakar.

5. Haiwan apa yang matanya dikaki, tanganya dikaki, dan seluruh badanya di kaki? 
- Ayam kena pijak gajah.

6. Ikan apa banyak di atas jalan raya?
- Kelisa.

7. Binatang apa selalu sakit perut?
- Ikan kembung
.
8. Dia hidup di udara, darat, dan air. Siapakah dia?
- Burung raja udang.

9. Mempunyai 8 kaki dan boleh terbang?
- 4 ekor burung.

10. Berapa kaki seekor kerbau?
- 8 (2 kiri, 2 kanan, 2 depan, 2 belakang).

11. Binatang apa paling dibenci anjing laut?
- Kucing laut.


1. Saya ada 5 biji epal, kamu minta 1, berapa yang tinggal?
- Tinggal 5 sebab saya tak kasi pada kamu.

2. Bagaimana ada seorang pemandu dapat memandu tanpa melanggar kucing di tengah jalan sedangkan lampu kereta ditutup dan hari hujan?
- Kerana dia memandu waktu tengahari.

3. Ada tiga orang gila, mereka tanya satu soalan, gunung apa orang tak boleh daki? Gunung apa?
- Kalau awak jawab, sah gila!

4. Antara lelaki dan perempuan, yang mana lebih kuat?
- Perempuan. (Sebab perempuan bawa dua buah gunung, sedangkan lelaki hanya bawa dua biji telur)

5. Kalau kita kehilanganya, kita sendiri tak boleh cari?
- Hilang akal.

6. Dia berdiri, tetapi dia kata dia sedang duduk. Siapakah dia?
- Dia penipu.

7.Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?
 -Pengail yang dapat ikan.

8. Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?
 -Aku berjalan secara mengundur!

9. Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?
-Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.

10. Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3?
Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.

11. Lubang ape yang rasanye hangat,nikmat dan nyaman?
-LUBANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido balik.

▁ ▂ SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB GRUNGE-STYLE DOT BLOGSPOT DOT COM


Kepada semua pengunjung yang telah melawat blog ini,Jutaan terima kasih saya ucapkan kerana sudi melawat dan mengunjungi blog ini. Saya harap semua pengunjung blog ini berada dalam keadaan sihat, ceria dan bahagia. Laman ini dibina bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan ingatan buat rakan-rakan, saudara-mara dan sahabat handai dimana jua berada. Blog ini membekalkan beberapa maklumat tentang dunia teka-teki yang berunsur lawak atau sebagainya. Semua maklumat disini tiada kena mengana dengan yang hidup ataupun yang sudah tiada, ianya adalah hanya hiburan semata-mata. Selamat lah berhibur dengan maklumat-maklumat yang ada di blog ini.



✁------------------------------------------------------------------

HANTAR KARYA ANDA!



Nama Anda *
E-mail Anda *
Masukkan E-mail anda disini (your_email@mail.com)
Jenis Karya Anda *
 Teka-Teki 
 Cerita Kelakar 
Sumber Karya Anda *
 Sendiri 
 Rakan, Keluarga Atau Haiwan Peliharaan 
 Laman Web 
 Buku-Buku Atau Majalah 
 Lain-Lain (sila nyatakan) 
Message/Komen/Karya Anda *
Letakkan karya anda disini. Anda boleh menghantar karya anda seperti teka-teki atau cerita kelakar. Karya anda akan disiarkan diblog ini. Ianya amat mudah dan percuma.
Copyright 2010 Grunge Style
Free Premium Blogger™ template by Introblogger Distribution by New Blogger Templates