1. Kuda apa, kita tak nampak dia, tetapi dia nampak kita.
- Kuda menyorok.

2. Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
 -Penguin

3. Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?
-PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah.

4. Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang?
-Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput.

5. Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda?
-Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.

6. Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?
-Pemandunya lah yang mati...... 

7. 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?
 -Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.

8. Kenapa kura-kura berjalan perlahan?
-Sebab dia baru berjalan, kalau berlari mungkin laju lah.

9. Ada 2 mayat di atas lantai, sekeliling mereka ada air dan kaca yang pecah. Bagaimana mereka mati?
- Akuarium ikan pecah, 2 mayat itu adalh ikan.

10. Binatang apa yang dipelihara oleh manusia tanpa disedari?
-Kutu


11. Anggota badan buaya manakah yang berada di darat?
-Lidahbuaya (Pokak lidah buaya)

0 comments:

Post a Comment

▁ ▂ SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB GRUNGE-STYLE DOT BLOGSPOT DOT COM


Kepada semua pengunjung yang telah melawat blog ini,Jutaan terima kasih saya ucapkan kerana sudi melawat dan mengunjungi blog ini. Saya harap semua pengunjung blog ini berada dalam keadaan sihat, ceria dan bahagia. Laman ini dibina bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan ingatan buat rakan-rakan, saudara-mara dan sahabat handai dimana jua berada. Blog ini membekalkan beberapa maklumat tentang dunia teka-teki yang berunsur lawak atau sebagainya. Semua maklumat disini tiada kena mengana dengan yang hidup ataupun yang sudah tiada, ianya adalah hanya hiburan semata-mata. Selamat lah berhibur dengan maklumat-maklumat yang ada di blog ini.



✁------------------------------------------------------------------

HANTAR KARYA ANDA!



Nama Anda *
E-mail Anda *
Masukkan E-mail anda disini (your_email@mail.com)
Jenis Karya Anda *
 Teka-Teki 
 Cerita Kelakar 
Sumber Karya Anda *
 Sendiri 
 Rakan, Keluarga Atau Haiwan Peliharaan 
 Laman Web 
 Buku-Buku Atau Majalah 
 Lain-Lain (sila nyatakan) 
Message/Komen/Karya Anda *
Letakkan karya anda disini. Anda boleh menghantar karya anda seperti teka-teki atau cerita kelakar. Karya anda akan disiarkan diblog ini. Ianya amat mudah dan percuma.
Copyright 2010 Grunge Style
Free Premium Blogger™ template by Introblogger Distribution by New Blogger Templates